9 + 10 II

"Because love is ethereal and unspoken."

Sembilas belas, hari aku jatuh cinta pada dia.

Sembilas belas, hari aku rasa ingin memiliki dia.

Sembilas belas...

Hari aku kehilangan dia.


***


  Aku mengeluh melihat Naira yang masih lagi mengelak daripada bertembung dengan aku. Duduk sekelas, tapi rasa macam jauh sangat. Padahal tempat dia selang sebaris dari aku. Baru nak panggil, dia dah buka buku atas letak kepala atas meja. Tak pun, dia bersembang dengan Alisya.

  "Galau ke, bro?" Tablemate aku di sebelah menegur. Afham namanya. Anak orang kaya, tapi duduk kat kampung dengan neneknya. Itu yang boleh tercampak ke sini. Pandai orangnya. Sering kali jadi saingan aku tiap kali peperiksaan diadakan. Tapi tak ada dendam pun kalau dia kalahkan aku dalam kedudukan dalam kelas atau tingkatan. Chill-chill je. Ini semua hanyalah dunia.

  "Kau rasa?" Aku buka buku teks Bahasa Inggeris. Memandangkan Teacher Nisa tak masuk sebab sibuk uruskan pelajar bakal SPM, jadi semua buat kerja sendiri. Merayau, lepak kat tandas berjam-jam, sembang dengan kawan, main telefon pun ada. Biasalah, nak akhir tahun dah. Pengawas pun malas nak jaga dah. Apatahlagi aku sebagai ketua kelas.

  Afham angkat muka dari buku latihannya. "Kau suka Naira kan?" Bisiknya perlahan.

  Aku mengangguk. "Suka, tapi gitu-gitu jelah." Aku langsung tak nafikan itu. Betullah, aku suka kat Naira. Tapi tak adalah sampai nak ajak dia bercinta.

  Sebab aku sudah cukup dengan kasih sayang daripada ibu.

  Afham kelihatan seperti memikirkan sesuatu. Bebola mata pen miliknya kembali menari-nari di atas kertas. Dia kembali fokus kepada kerjanya yang tergendala tadi.

  "Dia nampak lain semenjak kelmarin. Diam, tak tegur orang, tak senyum... Pelik sangat." Entah kenapa, aku tiba-tiba meluahkan perasaan kepada Afham. Padahal selama ni aku jarang cakap dengan dia. Tak adalah sampai tak bertegur sapa. Selama jadi tablemate dia dari awal tahun, aku buat kerja aku, dia buat kerja dia.

  "Dia ada masalah. Maybe?" Balas lelaki berkaca mata itu.

  "Masalah apa?" Aku mula berminat untuk tahu.

  "Such as... family?" Afham angkat bahu. Seperti dia tak tahu. Riaknya juga seakan-akan acuh tak acuh.

  "Family?" Rasa tak percaya pula kalau betul keluarga Naira ada masalah. Walaupun aku tak pernah pergi rumah dia, tapi melalui sifat riang Naira, aku tahu yang keluarganya bahagia.

  "Macam nilah Sai, lepas kelas tambahan kau ikut aku. Aku tunjukkan sesuatu kat kau." Ujar Afham.

  Banyak betul nama panggilan aku. Ada Han, ada Saiful, ada Sai.

  Tanpa banyak soal, aku hanya menganggukkan kepala.


***


  Alisya tahan lengan Naira ketika mereka berdua melangkah keluar melepasi pagar sekolah. 

  "Kenapa?" Naira kehairanan. 

  "Tu..." Bibir Alisya memuncung ke suatu arah yang bertentangan dari mereka berdua. "Hai, tak pernah-pernah aku nampak Saiful naik motor Afham. Setahu aku, diorang bukanlah bestfriend macam kita. Ni naik motor sekali. Pelik." Komen Alisya panjang lebar.

  Kelihatan motor yang tunggang oleh dua orang rakan kelas mereka menuju ke arah kiri. Arah menuju ke pekan.

  Naira hanya memandang tanpa riak. Dia menarik tangan Alisya.

  "Biarlah kat diorang. Jom balik, nanti lewat pula." Katanya dengan nada datar. Seakan tak peduli dengan mereka berdua.

  Alisya mengalihkan pandangan kepada Naira.

  "Yelah, jom balik."

  Kenapa dengan rakannya sejak kebelakangan ini ya? 


***


  "Kita buat apa kat sini, weh?" Aku menepuk bahu Afham.

  "Diam jelah. Kau ikut je aku." Afham meletakkan jari telunjuk di bibir tanda suruh aku diam.

  Aku melilaukan pandangan ke sekeliling. Jarang-jarang aku ke pekan besar walaupun jaraknya dengan kampung tak sampai 20km pun. Yelah, buat apa nak pergi kalau semua keperluan sudah ada di pekan kecil? Lagipun ibu sudah tak larat nak berjalan jauh macam dulu. Ibu kerja dari rumah je sejak setahun lepas. Kadang-kadang ambil upah orang jahit baju. Kadang-kadang ambil tempahan buat kuih dan kek. itulah sumber rezeki untuk tampung kehidupan di samping duit pencen arwah ayah.

  Berbelas minit aku bermonolog sendirian di dalam hati, akhirnya Afham tepuk bahu bahu aku. Dia menunjuk ke suatu arah.

  Aku panjangkan leher.

  Jari Afham mengarah ke arah restoran tidak jauh dari tempat kami berada.

  "Kau kenal rupa ayah Naira kan?" Soalnya.

  Aku mengangguk. Sudah tentu aku kenal. Sering kali bertembung dengan lelaki berusia pertengahan 40-an itu setiap kali aku pulang dari bermain bola sepak di padang sekolah. Sekadar berbalas senyuman sebelum aku belok masuk ke kawasan rumah.

  "Tengok betul-betul restoran tu." Aku menurut. Pandangan ditajamkan setajam yang mungkin. Sesaat kemudian, aku menarik nafas tidak percaya.

  Ayah Naira sedang menggenggam mesra tangan seorang wanita berambut perang. Kelihatan muda dan tidak memakai tudung.

  Mestilah kan.

  Tak mungkin itu ibu kepada Naira. Aku kenal ibunya macam mana. Pakai tudung, bertubuh sedikit gempal, kulit sawo matang, tapi masih cantik dipandang. Maklumlah, Naira cerita belah ibunya ada keturunan Pakistan.

  "Sekarang kau tahu kan kenapa Naira berubah sikap?" Afham memecahkan lamunan aku.

  "Naira tahu ke?" Aku pandang wajah datar Afham.

  "Yes, I guess. Kalau tak, takkan dia jadi macam sekarang?" Afham mengeluarkan kunci motor dari poket seluarnya.

  Aku menghela nafas ringan. Patutlah...

  "Dahlah, jom balik. Nanti lewat pula kau sampai rumah. Mak kau duduk seorang kan?" Aku membulatkan mata.

  "Ya Allah, ibu aku! Aku lupa nak inform yang aku balik lambat!" Aku gelabah. Takut ibu risaukan aku.

  "Jom balik!" Aku terus tarik tangan Afham menuju ke motornya.


***


 Naira melemparkan pandangan ke luar tingkap bilik. Tiada apa yang menarik pun tapi matanya kekal memaksikan pandangan di situ. Jalan raya yang sunyi disimbahi cahaya tiang lampu berwarna jingga, sesekali ada motor milik penduduk di situ lalu. Mengusir jauh kesepian dengan bunyi enjin motor sebelum suasana berubah menjadi seperti asal. Sunyi sepi.

  Nafal dihela ringan mengenangkan perbuatan sang ayah. Hari ini sekali lagi dia dengar perbualan mesra ayahnya bersama kekasih gelapnya ketika dia melintasi bilik tidur ibu dan ayah, mahu masuk ke dalam bilik. Ibu di ruang tamu, menemani adiknya menyiapkan kerja sekolah. Manakala ayah berada di dalam bilik, sedang sibuk memadu kasih dalam talian.

  "I love you so much." Masih terngiang-ngiang ucapan itu keluar dari mulut ayahnya sendiri. Lain tak bukan untuk wanita lain, selain daripadanya ibunya. 

  Naira tak tahu apa yang dia harus lakukan. Beritahu ibu? Dia takut ibunya kecewa lalu jatuh sakit. Menegur ayah? Naira takut keadaan akan jadi lebih teruk. 

  Paling dia takut, ayah akan ceraikan ibu.

  Tidak! Naira tak sanggup. Naira tahu sebesar mana cinta ibu kepada ayah. Tapi berbaloikah jika cinta ikhlas ibu dikhianati sebegini rupa?

  Tanpa sedar, setitis demi setitis air mata jatuh ke bawah. Akhirnya, Naira teresak-esak di situ sendirian. Mulut ditekap agar tangisan tidak didengari hingga ke luar bilik.

  "Naira minta maaf ibu. Naira takut. Naira tak sanggup tengok ibu kecewa. Naira tak nak tengok ibu sedih. Naira minta maaf, ya Allah..." Bisiknya dalam tangisan yang semakin hebat.



Ulasan