Cynosure (Blog ver.)
Cynosure. /ˈsʌɪnəʃʊə,ˈsɪnəʃʊə,ˈsʌɪnəzjʊə,ˈsɪnəzjʊə/ noun a person or thing that is the centre of attention or admiration. Gold, lelaki dingin yang tiba-tiba jatuh hati kali pertama saat melihat Mawaddah, gadis pemalu bertudung litup di restoran. Mawaddah, gadis yang tiba-tiba didatangi lelaki 'pelik' bernama Gold tika dia diminta menjaga kaunter restoran sepupunya. Gold dan Mawaddah, datang dari dunia dunia berbeza. Gold dikelilingi oleh orang yang menyayanginya walaupun ibu bapanya sudah tiada. Mawaddah dibuang oleh keluarga sendiri kerana fitnah. "Jom kahwin." Kerana fitnah pada masa lalu, Mawaddah trauma. Setiap kali makhluk Adam mendekat, dia menjauh. Anxiety. Muka pucat, tangan menggeletar, rasa seram sejuk. Disebabkan itu, ramai yang berputus asa untuk dekat dengan dia sehinggalah datangnya Gold, lelaki beku yang selalu bagi pick-up line melalui kad, tiba-tiba ajak dia kahwin. "Encik, saya tak kenal encik langsung. Kenapa encik nak kahwin dengan saya?...