Cynosure (Blog ver.)
Cynosure.
/ˈsʌɪnəʃʊə,ˈsɪnəʃʊə,ˈsʌɪnəzjʊə,ˈsɪnəzjʊə/
noun
a person or thing that is the centre of attention or admiration.
Gold, lelaki dingin yang tiba-tiba jatuh hati kali pertama saat melihat Mawaddah, gadis pemalu bertudung litup di restoran.
Mawaddah, gadis yang tiba-tiba didatangi lelaki 'pelik' bernama Gold tika dia diminta menjaga kaunter restoran sepupunya.
Gold dan Mawaddah, datang dari dunia dunia berbeza. Gold dikelilingi oleh orang yang menyayanginya walaupun ibu bapanya sudah tiada. Mawaddah dibuang oleh keluarga sendiri kerana fitnah.
"Jom kahwin."
Kerana fitnah pada masa lalu, Mawaddah trauma. Setiap kali makhluk Adam mendekat, dia menjauh. Anxiety. Muka pucat, tangan menggeletar, rasa seram sejuk. Disebabkan itu, ramai yang berputus asa untuk dekat dengan dia sehinggalah datangnya Gold, lelaki beku yang selalu bagi pick-up line melalui kad, tiba-tiba ajak dia kahwin.
"Encik, saya tak kenal encik langsung. Kenapa encik nak kahwin dengan saya?"
"Sebab saya dah nampak masa depan saya dengan awak."
Gold tahu, tak mudah memenangi hati keras Mawaddah. Tapi dia Gold, emas yang mampu memenangi hati wanita istimewa yakni bidadarinya. Gold tak pernah kenal erti putus asa dalam mendapatkan cinta Mawaddah.
"Saya nak silver, bukan gold."
"Maksudnya, awak tak nak saya ke?"
"Tak, tak, maksud saya, saya nak warna silver. Warna gold untuk awak. Ha, macam itu."
"Oh, baru nak menangis sebab awak tak nak saya."
"Satu atau dua?"
"Satu."
"Kenapa?"
"Sebab saya tak mungkin menduakan awak, sayang."
"Cia cia cia. Tapi masalahnya sekarang ni, saya suruh awak pilih nak satu ketul ayam atau dua ketul ayam, encik suami?"
"Sayang, awak tahu cynosure?"
"Tak."
"Cynosure means a focal point of admiration. Dalam cerita ini, awak adalah cynosure saya. Awak sentiasa menjadi satu tarikan di mata saya. I love you, my cynosure."
p/s: Cynosure adalah cerita cliche, cringe, biasa, tak luar biasa.
Cynosure cerita ringkas yang ringan dan santai.
Ulasan
Catat Ulasan