Reminisensi II

 D U A



"Still with mocha, don't you?" Soalan itu memecahkan lamunan aku.


Lamunan masa lalu.


"Nope. Hazelnut coffee." Jawab aku untuk soalan dia tadi tanpa memandang ke arahnya. Peranti segi empat tepat di poket seluar aku keluarkan. Pandangan lelaki di samping aku tidak dihiraukan sama sekali. Biarkan dia rasa diabaikan.


"Ouh, seems like you has changed your favourite beverage. Not bad though, because I do like hazelnut too." Aku nampak dia menganggukkan kepala dari ekor mata. Seakan-akan senang hati mendengar jawapan aku.


Hujung bibir terangkat ke atas. Sinis.


"Seems like I give a damn care about it, Tengku Rayyan?" Perlahan suara aku melontarkan kata-kata itu. 


"Yes!" Dia membalas dengan penuh yakin. Menjengkelkan, desis hati aku.


"Since when, huh?" Aku menghentikan langkah dan menghadap ke arahnya dengan riak poker. Tangan naik memeluk tubuh. 


"Since I saw you after these damn four years." Oleh kerana perbezaan ketinggian kami sangat ketara, dia menundukkan kepala. 


Sehingga aku dapat rasakan hembusan nafasnya di hadapan wajah. 


"It's been so long since I left you, isn't it?" Bisiknya lembut, membuatkan aku berasa seperti orang ramai dalam pusat membeli-belah ini hilang bagaikan magis. Meninggalkan aku dengan sepasang mata biru berdua dalam satu dimensi lain.


Hate to say but,


Hati aku masih berdetak gila untuk sepasang mata biru itu.


"But I wish, I can make all those things before clear as crystal." Dia tersenyum, namun kelihatan rapuh dan... kesal? Kemudian, dia menjauhkan wajahnya dari aku. Sekaligus menyedarkan aku akan kedudukan kami.


Astaghfirullah! Mata aku berkedip laju.


"Forget about it. I just wanna having such beautiful times with you before I go." Rayyan memasukkan kedua tangan ke dalam kocek seluar. Riaknya bertukar ceria dengan senyuman melebar hingga ke pipi. Menyerlahkan kedua lesung pipit miliknya.


"Let's go, seelenverwandte."


Seelenverwandte.


Aku benci untuk mengatakan ini, tapi,


Gelaran itu adalah satu reminisensi bagi aku.



***



Aku tersenyum gembira tatkala bangunan apartmen berpuluh-puluh tingkat tersergam indah di hadapan mata.


Here we go, everybody! German, here we go! Tempik hati aku girang.


Tanpa membuang masa, aku menarik dua bagasi milik aku. Melangkah masuk ke dalam bangunan itu yang bakal menjadi rumah penginapan selama mana aku di sini.


Di bumi Jerman.



***



"So, how is German? Yay or nay?"


"Papa..." Aku membalikkan tubuh sebaik mencapai sebuah mangkuk di dalam kabinet yang tergantung di dinding. Skrin laptop yang memaparkan wajah papa aku balas dengan senyuman lebar.


"As if it's German, it'll never be nay." Bijirin cornflakes aku tuang ke dalam mangkuk disusuli dengan susu kotak. Malas mahu memasak walaupun segala bahan dan peralatan sudah siap tersusun di dapur apartmen aku ini. Lagipun hari sudah lewat petang dan aku jarang makan makanan berat pada waktu sebegini.


"You like German so much, don't you?" Aku dengar papa melepaskan ketawa pada akhir hayatnya. Hati aku sedikit berbunga-bunga.


Aku rasa bahagia saat aku boleh membuatkan lelaki pertama dalam hidup aku itu gembira.


"Of course, I am." Soalan papa dibalas dengan kenyitan mata.


Kemudian, kami berborak tentang pelbagai perkara. Sehinggalah papa meminta diri untuk pergi.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

9 + 10 II