Catatan

9 + 10 II

Imej
"Because love is ethereal and unspoken." Sembilas belas, hari aku jatuh cinta pada dia. Sembilas belas, hari aku rasa ingin memiliki dia. Sembilas belas... Hari aku kehilangan dia. ***   Aku mengeluh melihat Naira yang masih lagi mengelak daripada bertembung dengan aku. Duduk sekelas, tapi rasa macam jauh sangat. Padahal tempat dia selang sebaris dari aku. Baru nak panggil, dia dah buka buku atas letak kepala atas meja. Tak pun, dia bersembang dengan Alisya.   "Galau ke, bro? " Tablemate aku di sebelah menegur. Afham namanya. Anak orang kaya, tapi duduk kat kampung dengan neneknya. Itu yang boleh tercampak ke sini. Pandai orangnya. Sering kali jadi saingan aku tiap kali peperiksaan diadakan. Tapi tak ada dendam pun kalau dia kalahkan aku dalam kedudukan dalam kelas atau tingkatan. Chill-chill je. Ini semua hanyalah dunia.   "Kau rasa?" Aku buka buku teks Bahasa Inggeris. Memandangkan Teacher Nisa tak masuk sebab sibuk uruskan pelajar bakal SPM, jadi semua...

Reminisensi II

 D U A " Still with mocha, don't you? " Soalan itu memecahkan lamunan aku. Lamunan masa lalu. " Nope. Hazelnut coffee. " Jawab aku untuk soalan dia tadi tanpa memandang ke arahnya. Peranti segi empat tepat di poket seluar aku keluarkan. Pandangan lelaki di samping aku tidak dihiraukan sama sekali. Biarkan dia rasa diabaikan. " Ouh, seems like you has changed your favourite beverage. Not bad though, because I do like hazelnut too. " Aku nampak dia menganggukkan kepala dari ekor mata. Seakan-akan senang hati mendengar jawapan aku. Hujung bibir terangkat ke atas. Sinis. " Seems like I give a damn care about it, Tengku Rayyan? " Perlahan suara aku melontarkan kata-kata itu.  " Yes! " Dia membalas dengan penuh yakin. Menjengkelkan, desis hati aku. " Since when, huh? " Aku menghentikan langkah dan menghadap ke arahnya dengan riak poker. Tangan naik memeluk tubuh.  " Since I saw you after these damn four years. " Oleh k...

Amorcito I

Imej
  " Are you okay? " Soalan daripada seseorang membubarkan lamunan aku tentang kejadian tiga tahun lepas. Aku menoleh ke belakang seraya tersenyum nipis. Hujung tudung yang terbuai-buai dek kerana angin di tanah tinggi ini aku pegang erat. Bimbang terselak menampakkan aurat aku.   " Not really. Time flies, but I still missing my little angel. " Balas aku. Sedar tak sedar, hujung mata aku mula berair.   Bila sebut pasal anak aku, pantas saja mata aku berair dan hati aku terasa pedih. Seperti sekarang.   " It's okay. It might be hurt but trust me. Dia lebih selamat dengan orang lain. Dia lebih selamat kalau orang tak tahu dia anak kau. I'm sorry, but this is real. " Sulaiman tersenyum sinis. Aku hanya memandang dia sekilas sebelum kembali fokus ke pemandangan di bawah. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang sibuk menjalankan kerja mereka di ladang teh milik keluarga Sulaiman.    Cukuplah tiga tahun mengubah hidup aku, aku kini membuat keputusan untuk...

Amorcito

Imej
    " I'm sorry. I love you, I love you so much. I love you but I'm sorry, baby. " Air mata aku mengalir deras. Kucupan diiringi bisikan kecil aku labuhkan ke serata wajah kecilnya.    Demi Allah, aku terpaksa lakukan semua ini.    " Mommy loves you so much, baby. I'm sorry that I can't be a good mother for you. I'm sorry that I can't watch you grow up. I'm sorry. " Aku peluk rapat bayi kecilku sebelum aku mengucup dahinya lama. Lama sehingga mata aku terpejam seketika. Menikmati bau wangi bayiku pada saat terakhir kami.   " SeƱora... " Mendengar teguran Nelson, tangisan aku melebat. Merasa pergerakan kecil daripada bayiku, aku melepaskan tautan. Aku renung mata hitam yang terkebil-kebil memandang aku. Tangan kecilnya tergawang-gawang ke udara. Seolah-olah mahu menyentuh wajahku. Lantas aku kucup kedua tangan kecilnya.   " Mam...ma... " Bibir merahnya memanggil aku. Aku memejamkan mata. Ya Allah, maafkan aku. Wajah cem...
 Ternyata cerita kita hanyalah sebuah monolog tanpa prolog mahupun epilog. "Ini terlalu sakit, Nara." Bisik aku lemah. Tubir mata sedari tadi tidak berhenti memanas dengan cecair jernih. "Hati aku sakit sangat. Lukanya terlalu dalam."  Nara menundukkan kepala bersama bibir yang dikemam kuat. Dia juga kelihatan terluka dan sedih melihat aku begini. Rapuh dibasahi air mata bersama jiwa yang lara. "Helena..." Nara memanggil aku dengan suara bergetar. Dari ekor mata, aku nampak dia menolak sebuah sampul berwarna coklat kepadaku. Aku akhirnya memejamkan mata. Lalu dengan derasnya cecair mata yang aku tampung turun membelah pipi, membawa seribu rasa perit dari dalam hati aku. Penat, aku sudah penat dengan rasa ini. "Dia kirimkan ini untuk kau. At the end, he said sorry." Suara Nara seakan pecah dihujung ayat. Tolonglah, bilakah saat bahagia akan mendakap sahabatnya? Dia juga marasai segala rasa sakit yang membunuh ini. "Aku minta diri dulu." ...