Amorcito
"I'm sorry. I love you, I love you so much. I love you but I'm sorry, baby." Air mata aku mengalir deras. Kucupan diiringi bisikan kecil aku labuhkan ke serata wajah kecilnya.
Demi Allah, aku terpaksa lakukan semua ini.
"Mommy loves you so much, baby. I'm sorry that I can't be a good mother for you. I'm sorry that I can't watch you grow up. I'm sorry." Aku peluk rapat bayi kecilku sebelum aku mengucup dahinya lama. Lama sehingga mata aku terpejam seketika. Menikmati bau wangi bayiku pada saat terakhir kami.
"Señora..." Mendengar teguran Nelson, tangisan aku melebat. Merasa pergerakan kecil daripada bayiku, aku melepaskan tautan. Aku renung mata hitam yang terkebil-kebil memandang aku. Tangan kecilnya tergawang-gawang ke udara. Seolah-olah mahu menyentuh wajahku. Lantas aku kucup kedua tangan kecilnya.
"Mam...ma..." Bibir merahnya memanggil aku. Aku memejamkan mata. Ya Allah, maafkan aku. Wajah cemas Nelson aku pandang sebelum aku mendekatinya bersama juraian air mata. Aku menyerahkan bayi aku kepada dia. Sempat aku tanggalkan loket dari leher aku dan aku selit ke dalam poket baju bayiku.
"Lo siento, señora." Ucap Nelson dengan mata yang berkaca. Aku menggelengkan kepala. Aku tahu dia juga terpaksa. Kami semua adalah mangsa keadaan.
"Go, Nelson. Go." Aku tepuk bahunya tanpa memandang ke arah bayi kecil aku yang terpinga-pinga dalam dakapan orang asing baginya. Takut hati aku tidak kuat untuk melepaskan bayi comel itu.
"Si, señora." Lelaki asal Sepanyol itu menundukkan badannya sebelum dia masuk ke dalam kereta hitam yang sedia menunggu sejak dari tadi. Tak lama kemudian, kereta itu bergerak laju meninggalkan laman rumah.
Dan aku...
Aku rebah di situ dengan rasa sakit yang mencengkam jiwa dalam.
I'm sorry, my baby. I'm sorry...
***
Tangisan bayi dalam dakapannya semakin kuat. Nelson dan Jason, abangnya di sebelah semakin cemas. Kereta pacuan empat roda yang mengikuti mereka dari belakang semakin mendekat, sesekali mereka merasai gegaran yang terhasil daripada perlanggaran kecil antara mereka dan kereta putih tersebut.
"Merde!" Jason pantas membuat pusingan U sambil memegang kepala. Kepalanya terasa sedikit berpusing. Pedal minyak dipijak sekuat hati supaya mereka boleh melepaskan diri daripada penglihatan sang musuh.
Nelson mendakap erat bayi majikannya. "Calm down, little baby. everything will be all right." Pujuknya berkali-kali untuk meredakan tangisan bayi itu.
Bagai memahami situasi yang sedang berlaku, tangisan milik bayi perempuan itu semakin hilang. Membuatkan Nelson pula hampir menangis gara-gara lega.
"Good girl, baby." Nelson tersenyum lebar melihat wajah putih kemerah-merahan bayi itu.
"Nel, no creo que podamos soportar más esto." Ujar Jason sambil mengeluarkan sepucuk pistol yang terselit di pinggangnya. Nelson mengangguk, mengerti akan maksudnya abangnya. Sebuah picagari di dalam dashboard dikeluarkan.
"Lo siento, baby." Nelson mengucup dahi kecil kecil itu sebelum mata jarum ditusukkan ke kulit paha bayi majikannya.
Tiada tangisan mahupun rengekan, perlahan-lahan mata bundar itu tertutup rapat. Nelson mencabut dan mencampakkan picagari di tangannya ke luar tingkap kereta. Bayi didakap erat ke dada dengan jantung yang berdebar bagai nak gila.
Jason mengeluarkan tangan ke luar tingkap. Lalu bergemalah bunyi tembakan di kawasan sunyi sebelum...
Banggg!
Streeeeettt!!!
Bummmm!!!
Jalan raya yang menjadi saksi mereka berbalas tembakan kini dilimpahi darah merah.
***
"Macam mana?"
"She's good. Blood pressure okey, Degupan jantung pun tak ada masalah. Tapi aku minta sangat dekat kau, jangan bagi dia stres. Sikit pun jangan. Faham?"
"All right."
Sayup-sayup kedengaran perbualan antara dua orang lelaki di telinga aku. Kelopak mata aku cuba muka sedikit demi sedikit, namun dek kerena cahaya lampu yang terang-benderang membuatkan aku menutup kembali mata. Pedih. Tapi mengingatkan kembali apa yang sudah terjadi, luka di hati aku lebih pedih. Jiwa aku sakit. Dada aku terasa sesak akan rindu kepada bayi kecil aku walaupun tak sampai sehari aku menyerahkan dia kepada orang lain.
Bayi aku...
Air mata hangat jatuh ke tepi. Aku biarkan saja tanpa ada niat mahu mengusirnya pergi. Hanyut dalam rasa rindu yang menggunung, aku kembali lena. Belayar bersama bahtera mimpi dihiasi sebuah senyuman manis milik bidadari kecil aku.
Baby, mommy loves you so much. Please remember that in your heart forever.

Ulasan
Catat Ulasan