9 + 10 I
"Because love is ethereal and unspoken." Sembilas belas, hari aku jatuh cinta pada dia. Sembilas belas, hari aku rasa ingin memiliki dia. Sembilas belas... Hari aku kehilangan dia. *** Sejak kejadian semalam, Naira langsung tidak bercakap dengan sesiapa. Dengan ibunya, dia hanya angguk dan geleng. Kalau adapun, hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Sehinggalah di sekolah, dia tidak menghiraukan Alisya yang biasanya becok bercerita itu ini. Bukan saja Alisya, bahkan si ketua kelas, Farhan juga begitu. "Weh, kau okey tak?" Alisya berbisik sambil mencuit bahu Naira. Sekarang waktu Matematik, memang menempah mautlah kalau cakap kuat-kuat. Naira mengangguk. Tanda dia okey. "Aku tahu kau tak okey. Lantak kau lah tak nak cerita. Dah okey nanti roger aku, okey?" Bisik Alisya lagi. Dia faham sekiranya Naira tiba-tiba bad mood. Period mungkin, getus hatinya. "Erm." Hanya itu balasan Naira sebelum masing-masing kembali menumpuk...