9 + 10 I

 

"Because love is ethereal and unspoken."

Sembilas belas, hari aku jatuh cinta pada dia.

Sembilas belas, hari aku rasa ingin memiliki dia.

Sembilas belas...

Hari aku kehilangan dia.


***


  Sejak kejadian semalam, Naira langsung tidak bercakap dengan sesiapa. Dengan ibunya, dia hanya angguk dan geleng. Kalau adapun, hanya sepatah perkataan yang keluar dari mulutnya. Sehinggalah di sekolah, dia tidak menghiraukan Alisya yang biasanya becok bercerita itu ini. Bukan saja Alisya, bahkan si ketua kelas, Farhan juga begitu.

  "Weh, kau okey tak?" Alisya berbisik sambil mencuit bahu Naira. Sekarang waktu Matematik, memang menempah mautlah kalau cakap kuat-kuat.

  Naira mengangguk. Tanda dia okey. 

  "Aku tahu kau tak okey. Lantak kau lah tak nak cerita. Dah okey nanti roger aku, okey?" Bisik Alisya lagi. Dia faham sekiranya Naira tiba-tiba bad mood.

  Period mungkin, getus hatinya.

  "Erm." Hanya itu balasan Naira sebelum masing-masing kembali menumpukan perhatian kepada guru yang sedang mengajar di hadapan.


***


  Sesudah tamat sesi persekolahan, aku menunggu kelibat seseorang di pondok bas. 

  Siapa lagi kalau bukan Naira? Biasanya dia keluar paling lambat. Tak suka bersesak katanya. 

  Tajam mata aku memerhati seorang demi seorang keluar dari kawasan sekolah. Tidak mahu terlepas dari susuk tubuh Naira. Dahlah pendek aje orangnya. Kecil pula tu.

  Sebenarnya ini kali pertama aku menunggu Naira keluar. Sebelum ini mana pernah aku menunggu orang untuk pulang bersama. Selalunya aku selalu berselisih dengan Naira dalam perjalanan pulang. Baru aku tahu rumah kami hanya berselang beberapa buah rumah.

  Tapi hari ini aku lihat perlakuan Naira aneh. Daripada ceria dan peramah, hari ni dia kelihatan pendiam sangat dan tidak senyum. Sangatlah tiba-tiba dia jadi macam tu. Sejak hari pertama dia pindah ke sini, ini kali pertama senyuman aku kepada dia tidak berbalas. Jangan kata senyum, jeling pun tidak. Kalau jeling, sekurang-kurangnya aku tahu dia bergurau sebab dia selalu kata jangan senyum kat dia di hadapan orang ramai.

  Takut para junior yang sukakan aku cemburu.

  Itu kebenaran, bukan pembohongan ya.

  Hampir sepuluh minit aku tercegat di situ bersama basikal aku, barulah aku lihat kelibat Naira.

  "Naira!" Panggil aku separa kuat. Nasiblah dah tak ramai orang.

  Naira pandang ke arah aku, namun tak sampai sesaat, dia mengalihkan pandangan dan terus jalan meninggalkan sekolah.

  Aku tercengang.

  Naira palau aku?

  Naira palau aku?!

  Tanpa buang masa, aku pantas mengayuh basikal menghampirinya.

  "Naira, kau palau aku? Sampai hati kau palau ketua kelas kau ni." Tiba di samping dia, aku turun dari basikal. Nak jalan bersama dia tapi jangan risau, masih ada gap beberapa belas sentimeter.

  Naira diam. Langsung tak jawab. Aku menyeluk poket seluar. Ada lolipop Chupa Chup yang seorang junior bagi tadi. Aku hulurkan gula-gula itu kepada Naira.

  "Nah, ambillah." Sia-sia, Naira terus pandang ke hadapan dan jalan laju menyaingi aku.

  "Naira! Ish!" Aku masukkan lolipop ke dalam poket tepi begnya.

  "Naira!"

  "Naira, cakaplah dengan aku!"

  "Nurrul Naira!"

  "Kau nak apa?!" Tengking gadis itu. Langkahnya terhenti.

  Aku terdiam. Aku juga menghentikan langkah.

  "Stop kacau aku boleh tak?! Aku serabut kau tahu?! Serabut!" Tengking Naira.

  Dan itu membuatkan aku terdiam lagi. 

  Bahasanya berubah kasar dan...matanya memerah bersama cecair jernih yang bertakung penuh.

  "Naira." Panggil aku lembut. Cuba menenangkan emosinya.

  "Stop it, Han. Aku cuma nak ruang untuk diri aku sendiri. Aku penat, aku sedih. Tolonglah, jangan cakap dengan aku." Bersama linangan air mata, Naira meninggalkan aku sendiri di situ.

  Aku pandang sekeliling. 

  Alhamdulillah, tak ada orang yang lalu. Kalau tak, malu tujuh keturunan aku.

  Dengan rasa sedikit berat, aku pun mula naik dan mengayuh basikal pulang ke rumah.


***


  Tiba di rumah, aku turunkan tongkat basikal di tepi dinding. Kasut dan stokin aku tanggalkan sebelum menapak masuk ke dalam rumah dengan ucapan salam. Tapi sempat lagi mengerling ke tepi.

  Kelihatan Naira sedang menanggalkan kasut sambil mengesat pipinya. Walaupun rumah aku dan dia selang beberapa buah rumah, tapi aku masih boleh nampak dengan jelas rumahnya dari arah depan. Biasalah, rumah pekan kecil. Tak teratur.

  Naira menangis.

  Aku mengeluh.

  Sedihlah kawan aku macam ni.

  Aku menggeleng perlahan.

  "Assalamualaikum. Ibu, Han dah balik." Beg sekolah aku letak di atas sofa. Dahi aku berkerut melihat ruang tamu yang sunyi sepi tanpa figura ibu. Biasanya setiap kali aku balik, mesti ibu sedang menjahit baju atau mengait di ruang tamu sambil ditemani rancangan televisyen.

  "Ibu?" Aku menapak ke dapur. Mana tahu ibu sedang mengemas di situ.

  Namun kosong.

  "Aik? Ibu, ibu kat mana?" Aku terpaksa menguatkan suara. Bibit khuatir mula menghurung dada.

  "Ibu kat atas ni!" Suara ibu. Aku pantas mendaki anak tangga menuju ke tingkat atas.

  "Ibu buat apa kat sini?" Tanya aku. Jarang sekali ibu naik ke tingkat atas sejak setahun lepas. Kata ibu, lututnya mula sakit. Jadi ibu berpindah ke tingkat bawah.

  "Tiba-tiba rindu dengan arwah ayah. Jadi ibu mengemaslah sikit barang-barang ayah kat atas ni. Han dah solat?" Seperti biasa, aku akan disoal itu.

  "Dah." Aku melabuhkan punggung di sisi ibu. 

  "Makan?" Ibu memasukkan baju ayah ke dalam almari. Sudah dua tahun ayah pergi, tapi ibu masih simpan dengan baik segala pakaian dan barang ayah.

  "Belum, Han ingat nak makan dengan ibu." Jawab aku. Helaian baju yang masih belum terlipat, aku ambil dan lipat mengikut cara ibu lipat.

  "Pergi mandi. Lepastu kita makan."

  "Baik ibu."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Reminisensi II

9 + 10 II