9+10
"Because love is ethereal and unspoken."
Sembilas belas, hari aku jatuh cinta pada dia.
Sembilas belas, hari aku rasa ingin memiliki dia.
Sembilas belas...
Hari aku kehilangan dia.
***
"Tumpang tanya, di mana kelas 4 Neptun ya?"
Kepala yang asyik menunduk melihat helaian kertas Kimia pantas mendongak apabila mendengar satu suara menyapa.
"4 Neptun?" Kelas aku tu.
"Ya, saya pelajar baru kat sini." Mata aku tak berkelip memandang tuan punya badan di hadapan. Cantik, manis, ayu, sopan...
Watch your eyes, dude!
"Astaghfirullahal azim!" Tanpa sedar, terpacul kalimah itu dari celah bibir aku.
"Huh?" Pelajar baru di hadapan aku mengangkat kening. Tak mengerti mungkin kenapa aku tiba-tiba beristighfar tadi.
"Tak, tak ada apa." Aku menutup modul Kimia dan pensel dimasukkan ke dalam poket seluar. Belakang seluar ditepuk perlahan sekadar untuk menghilangkan debu gara-gara aku duduk di tepi longkang di tepi blok akademik A.
"Aku kelas 4 Neptun. Jom aku tunjukkan kau mana kelas kita."
Kelas kita...
Kaki aku rasa macam nak menggedik menggeletis menggelupur sekarang!
"Ouh, okey." Jawab pelajar itu.
Sepanjang perjalanan kami ke kelas, tiada perbualan yang mengiringi kami. Hanya diisi dengan suasana bising sekolah. Biasalah, hari ni ramai cikgu yang tak dapat hadir. Itu yang ramai tiba-tiba jadi beruk.
"All right, dah sampai." Aku memandang dia sekilas. "Sekarang, cikgu tak ada. MC jaga anak sakit. Jadi..." Kaki aku menapak masuk ke dalam kelas.
"Hello guys, pay attention please!" Bersama tepukan beberapa kali, semua mata memandang kami berdua di hadapan kelas.
"Kenalkan, ini classmate baru kita. Kau, kenalkan diri please." Aku ketepi untuk memberi ruang kepada pelajar baru itu memperkenalkan diri kepada seluruh warga kelas 4 Neptun.
"Hai, assalamualaikum. Nama saya Nurrul Naira binti Noah. Sebelum ini, saya bersekolah di SMK Jalan Taman. Selamat berkenalan."
Nurrul Naira.
Manis seperti tuannya.
Spontan, hujung bibir aku ternaik sedikit sebelum aku tersedar.
"Baik, Naira. Kau boleh duduk di tepi Alisya. Tu..." Ibu jari aku menunjuk ke arah seorang pelajar perempuan berkaca mata yang duduk di barisan ketiga, bersebelahan tingkap.
"Hai!" Tangan Alisya naik melambai Naira.
"Baik, terima kasih awak." Ucap Naira seraya berjalan menghampiri Alisya.
"Sama-sama."
***
Waktu rehat.
Seperti biasa, aku lebih suka menghabiskan masa di perpustakaan. Siapkan kerja sekolah, baca bahan bacaan untuk tambah pengetahuan atau buat latihan dalam buku kerja.
Sedang aku menekan kalkulator, tiba-tiba terlihat bayang-bayang seseorang di sebelah. Aku mengalihkan pandangan.
"Hai Abang Saiful, ni untuk abang." Sebuah kotak berukuran sederhana kecil diletakkan di atas meja tempat aku belajar sebelum dia menghilangkan diri.
Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Sudah lazim aku dapat hadiah dari junior. Mostly dari form 2 atau from 3.
Kotak diikat reben merah kecil aku ambil dan penutupnya aku buka. Macam biasa, gula-gula dan surat cinta. Tanpa baca surat itu, penutup aku letak kembali dan tak semena-mena, mata aku terpandang susuk Naira yang sedang membelek buku di rak.
"Naira!" Panggil aku tanpa suara.
Naira menoleh. Keningnya terangkat.
Aku menggamitnya supaya ke sini.
"Ada apa, Han?" Soal Naira.
"Nah." Aku menolak kotak tadi ke arahnya.
Jelas riak tak mengerti di wajahnya.
"Ambillah. Ada budak bagi aku tadi, tapi aku tak nak." Ujar aku sambil menjatuhkan pandangan ke buku kembali.
"Eh tapi ni untuk awak." Naira menolak balik kotak itu ke arah aku.
"Ambil aku kata." Aku tolak balik.
"Tapi budak tu bagi awak, bukan saya. Ambillah." Naira bersungguh-sungguh memulangkan kotak itu. Berkerut-kerut mukanya.
Aku rasa nak tarik-tarik sideburn je sekarang ni. Nafas ditarik, dan dihembus tenang. Fuhhh.
"Ambil, Naira Noah. Aku memang tak ada rasa nak makan gula-gula sekarang atau layan surat dari budak-budak." Kotak, aku tolak hingga hujung meja. Sipi-sipi nak jatuh ke lantai yang dilapisi karpet.
"Tapi surat tu..." Dia teragak-agak untuk mencapai kotak yang betul-betul di hadapan matanya.
"Buang je." Laju aku menjawab.
"Hisy, jahatlah awak ni." Naira memasukkan kotak itu ke dalam poket baju sekolahnya.
Aku hanya menjongketkan bahu.
"Tak apalah, biar saya yang simpan." Katanya sebelum berpaling menjauhi aku.
***
Jam 3 petang, baru aku tiba di rumah. Basikal yang dihadiahkan oleh arwah ayah semasa aku berumur 14 tahun disandarkan di tepi dinding rumah. Kasut sekolah aku letak rapi di atas rak kasut sebelum menjejakkan kaki ke dalam rumah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam. Han dah balik? Dah solat?" Aku mendapatkan ibu yang sedang menjahit baju di ruang tamu lalu tangan kanan ibu dikucup lembut.
"Dah, ibu. Ibu dah makan?" Duduk di sebelah ibu, aku meletakkan beg sekolah di atas sofa dan menanggalkan stokin.
"Sudah. Kamu dah makan?" Ibu berhenti menjahit baju dan menumpukan perhatian kepada aku.
Aku tersengih. "Sudah, ibu." Jawab aku sambil merebahkan kepala di paha ibu. Saja mahu bermanja-manja dengan ibu tercintahhh.
"Macam mana sekolah? Okey?" Soalan ibu memecahkan kesunyian yang hinggap buat seketika.
"Alhamdulillah, okey. Susah, tapi insya-Allah, Han boleh tahan lagi."
"Alhamdulillah. Han kena ingat, bila ibu kata buat yang terbaik tak bermaksud ibu suruh Han hadap buku 24 jam, belajar sampai tertekan. Ibu cuma nak Han rasa puas dengan apa yang Han belajar dan boleh aplikasikan ilmu yang Han dapat." Kata ibu.
Aku cuma berdiam, mendengar dengan teliti akan apa yang keluar dari mulut ibu dan menghadamnya.
Mungkin kelihatan kecil, tapi setiap patah bicara ibu merupakan lirik yang indah.
Ibu, wanita paling hebat.
***
"Naira, panggil ayah makan."
"Baik, ibu." Naira tanpa buang masa pantas berjalan menuju ke bilik tidur ibu dan ayahnya. Baru sahaja tangannya mahu naik mengetuk pintu, dia terhenti. Telinga dirapatkan ke pintu bilik.
"Iya sayang, esok kita jumpa ya?"
"..."
"Tak, I tak tipu. I dah beritahu isteri I yang esok I ada outstation di Sabah."
"..."
"Okey. Goodnight sayang. Tak sabar nak jumpa you esok."
Naira gigit bibir bawah. Tanpa sedar matanya sudah berkaca-kaca.
Tak mungkin...
Tak mungkin ayah curang dengan ibu...

Ulasan
Catat Ulasan