Amorcito I
"Are you okay?" Soalan daripada seseorang membubarkan lamunan aku tentang kejadian tiga tahun lepas. Aku menoleh ke belakang seraya tersenyum nipis. Hujung tudung yang terbuai-buai dek kerana angin di tanah tinggi ini aku pegang erat. Bimbang terselak menampakkan aurat aku.
"Not really. Time flies, but I still missing my little angel." Balas aku. Sedar tak sedar, hujung mata aku mula berair.
Bila sebut pasal anak aku, pantas saja mata aku berair dan hati aku terasa pedih. Seperti sekarang.
"It's okay. It might be hurt but trust me. Dia lebih selamat dengan orang lain. Dia lebih selamat kalau orang tak tahu dia anak kau. I'm sorry, but this is real." Sulaiman tersenyum sinis. Aku hanya memandang dia sekilas sebelum kembali fokus ke pemandangan di bawah. Kelihatan beberapa orang pekerja sedang sibuk menjalankan kerja mereka di ladang teh milik keluarga Sulaiman.
Cukuplah tiga tahun mengubah hidup aku, aku kini membuat keputusan untuk menetap di Malaysia dan meninggalkan bumi Cordoba. Satu keputusan yang berat memandangkan aku telah menghabiskan masa berbelas tahun di sana termasuk mengandungkan dan melahirkan bayi kecil aku. Tapi atas nasihat doktor peribadi aku, aku kuatkan juga hati untuk redha dan teruskan hidup seperti biasa di sini. Sukar, aku tak tipu. Aku hampir mengalami kemurungan.
"Heal yourself then rise again for your daughter. Prepare yourself to be a fighter. You can do it." Berkat nasihat yang diberikan oleh seseorang, aku kembali 'hidup'. Dengan izin Allah. Alhamdulillah.
"Tapi, berapa lama lagi aku harus tunggu untuk jumpa dengan anak aku, Sulaiman?" Soal aku kepada lelaki itu. Aku dah penat mahu bersedih, aku dah penat mahu terus berduka dan paling penting...aku dah penat mahu menyalahkan takdir.
Sulaiman menggeleng kecil. Riaknya datar, seperti biasa. Tapi aku tahu, hatinya turut mendesis rasa sakit yang sama. Sakit kerana terpaksa melepaskan insan tercinta dalam hidup.
"I don't know. Maybe at the end of this freaking war." Kemudian dia berlalu pergi meninggalkan aku keseorangan.
We just two person who get hurted by someone's revenge.
*****
Jika diikutkan, hari ini aku ada temu janji bersama doktor di hospital besar, tapi dibatalkan pada saat akhir kerana aku ingin bersendirian di taman bunga dan menikmati pemandangan dari atas bukit. Entah mengapa aku terasa hendak melepaskan segala yang terbuku di dada melalui rasa dingin tanah tinggi setelah apa yang dikatakan oleh Sulaiman tempoh hari. Walaupun pedih, kata-katanya memang benar.
Puteri aku dalam bahaya andai dia bersama aku. Kerana aku sendiri seperti tawanan.
Mengenai Sulaiman, lelaki itu sudah terbang kembali ke bumi Cordoba kelmarin. Jelas, lelaki itu masih mempunyai urusan dengan pihak di sana dan nampaknya urusan tersebut akan merantainya daripada pergi jauh dan hidup bebas. Manakala aku, tidak lagi dirantai, sebaliknya dibayangi oleh mata-mata mereka sentiasa.
Mengapa?
Kerana aku telah melanggar sumpah dan melahirkan seorang bayi keturunan mereka.
"Puan?" Aku ditegur saat sedang menuju ke pintu utama rumah mewah Sulaiman. Bahu aku terangkat kecil kerana terperanjat.
"Maaf puan kalau saya dah buat puan terkejut. Tapi Tuan Sulaiman minta saya tengokkan puan." Ujar Tsuwaibah, pembantu rumah yang aku lihat sering berada di kebun. Seingat aku, ini kali pertama dia menegur aku kerana selalunya aku asyik terperap di dalam bilik ataupun berada di beranda besar. Dan kebanyakan waktu pembantu rumah yang digelar Mak Embun sahaja yang bercakap dengan aku.
"Oh, iya ke?" Aku membulatkan bibir sedangkan dalam hati sudah mengeluh kuat. Sulaiman, biarkanlah aku bergerak sendiri! Jiwaku membentak akan arahan lelaki itu.
"Puan mahu ke mana? Saya boleh minta pengawal lelaki iring puan ke sana." Kata Tsuwaibah. Melihat tangannya sudah menekan skrin telefon, cepat-cepat aku memotong.
"Eh, tak perlulah iring-iring. Saya bukan anak raja. Saya boleh pergi sendiri." Tangan aku tergawang-gawang ke udara, menghalang wanita awal 20-an itu daripada menghubungi pengawal yang dikatakan sebentar tadi. Tak mahulah aku keluar dengan rasa diperhati dan dikawal oleh pekerja Sulaiman. Lagipun aku fikir mahu berada di sana sehingga petang. Pasti menyusahkan pengawal tersebut kalau kerjanya hanya mengiringi aku berjam-jam lamanya.
"Tak apa puan. Kalau puan tak nak, saya minta diorang ikut kereta puan dari belakang. Cuma nak pastikan keselamatan puan sepanjang perjalanan." Tsuwaibah tidak berputus asa. Senyuman diberikan untuk meyakinkan aku.
"Tapi saya mesti lama kat sana. Nanti kesian pula dekat pengawal tu nak tunggu saya." Aku cuba memberikan alasan lain. Tolonglah, aku mahu bersendirian!
"Jangan risau, puan. Diorang akan dapat elaun tambahan dalam perkara ini. Macam mana, berbaloi kan? Lagipun Tuan Sulaiman memang ambil mereka bekerja untuk jaga puan kalau tuan tak ada di sini. Takut kalau jadi apa-apa kat puan, susah tuan nanti." Tsuwaibah tersenyum lagi. Kali ini aku dapat rasakan senyuman mempunyai makna terutama apabila mengucapkan ayat terakhir.
Nauzubillah!
"Iyalah, iyalah. Tapi ingat, ikut dari belakang je. Saya nak bersendirian, jadi tak perlu ikut terlalu dekat." Akhirnya aku akur akan arahan Sulaiman. Malas mahu berhelah lagi dengan Tsuwaibah kerana wanita itu juga seakan tetap akan pendiriannya.
"Baik, puan." Tsuwaibah pun meneruskan mendail nombor pengawal yang ditugaskan untuk menjaga aku dengan riak manis. Mungkin senang hati apabila aku memberikan kerjasama, memudahkan kerjanya untuk menuruti arahan Sulaiman.
***
Aku melangkah turun dari kereta. Kaca mata hitam tersangkut kemas di batang hidung bersama mask yang menutup separuh muka aku. Cuaca dingin membuatkan aku lebih selesa memakai mask tanpa rasa rimas. Di Sepanyol dulu pun aku sering memakai mask. Lebih selamat dan terjaga daripada orang ramai.
Dari ekor mata aku dapat lihat dua orang lelaki berpakaian kasual turun dari kereta mereka yang terparkir tidak jauh daripada aku. Kelihatan biasa, tapi di telinga mereka ada earpiece kecil seperti earpod. Aku tersengih kecil. Bijak juga mereka menyamar. Langsung tak nampak seperti pengawal peribadi.
Tanpa melengahkan masa, aku naik untuk ke taman bunga. Untung sekarang hari minggu, jadi aku tak perlu bersesak-sesak seperti kebiasannya kerana orang lain sibuk bersekolah dan bekerja. Walaupun kenderaan bertali arus, tapi suasana di taman bunga lenggang membuatkan atmosfera di sekeliling semakin dingin mencengkam.
Aku gigir bibir, habit jikalau di tempat sebegini. Dan pastinya nanti bibir aku akan merekah dan berdarah. Tambahan pula aku langsung tidak mengenakan apa-apa di wajah, memang rasanya akan pedih.
Setelah membuat bayaran kemasukan, aku menyusuri setiap lorong perlahan-lahan. Mengingat kembali diri aku beberapa tahun yang lepas, aku langsung tidak tertarik dengan bunga. Bukanlah tidak suka, tapi aku sudah dididik untuk menjadi keras. Tidak seperti wanita yang lain, aku dilatih seperti seorang lelaki. Telapak tangan aku kasar, percakapan aku tiada lembutnya, perwatakan aku juga tidak kalah seperti lelaki walaupun aku seorang perempuan.
Namun 'dia' telah membuatkan aku jatuh cinta akan tumbuhan pelbagai warna ini. Katanya, kekasaran aku tidak dapat menutupi kelembutan aku yang tersembunyi di sebalik nama aku.

Ulasan
Catat Ulasan