MUDITA
Mudita.
Means joy; especially sympathetic or vicarious joy, or the pleasure that comes from delighting in other people's well-being.
Clarissa Zahira binti Tan Sri Noah Aminuddin. Gadis yang terkenal di kolej kerana dia anak penaja kolej. Itu nombor satu. Sebab kedua utama dia terkenal, dia playgirl, badass, tak tahu malu, dan yang semakna dengannya.
Afham Zubair bin Irham. Seringkas namanya, dia jejaka biasa. Di kolej, dia juga terkenal. Bukan sebab playboy yang sombong dikelilingi oleh gadis cantik, tapi sebab kemampuannya menolak setiap gadis yang cuba mendekati. Afham bukan lelaki yang baik, tapi dia cuba menjadi baik.
Clarissa dan Afham. Seorang api dan seorang air hangat. Cerita mereka berjalan seperti biasa. Mereka disatukan atas sebab keluarga.
Bayangkan, Clarissa yang panas baran, duduk sebumbung dengan Afham yang suka menjawab.
"Woi, bangun. Matahari dah nak terbenam kau sedap duk buat taik mata lagi."
"Elok sikit okey? I baru je tidur tak sampai setengah jam."
"You belikan burger. I lapar."
"Kau ingat aku bibik kau? Pergi masak sekarang."
"Tapi I tak reti masak."
"Aku ajar."
"You sukakan dia?"
"Kenapa?"
"Kalau you sukakan dia, apa kata kita buat haluan masing-masing?"
"Maksud kau?"
"We, divorce. Takkan I nak jadi isteri kepada lelaki yang cintakan perempuan lain sampai mati?"
Ulasan
Catat Ulasan