Reminisensi
S A T U
Sudah tiba masanya
Tuk mengucapkan selamat tinggal
Terakhir kita
- Insomniacks
***
"Tahniah." Ucapnya.
Aku tersenyum kecil. Kepala ditundukkan kejap tanda berterima kasih.
"Tak sangka dah empat tahun berlalu. I thought we'll never meet each other again." Ujarnya sambil menggaru kening. Kekok mungkin sebab aku diam saja.
Aku senyum lagi. Entahlah, tak tahu nak balas apa. Aku pun tak tahu yang dia akan datang juga.
Ah, apa yang peliknya? Dia kan anak kawan baik papa.
"By the way, I will fly to New York, next week." Aku hanya mengangguk apabila dia memberitahu itu. Maksud aku, okey, jadi?
"So, mind to hang out with me? Tomorrow maybe?" Ajaknya dengan nada santai sekali.
Aku tak tunggu lama untuk mendongak mencari sepasang mata perang miliknya. What is this? Aku mengangkat tinggi kedua kening aku.
Untuk apa?
"I think I will not come back to Malaysia in a short time. You know, I established my own company at NYC. So, maybe it will take a lot of time to make it stabilize." Dia mengangkat bahu.
"You agree?" Giliran aku pula angkat bahu. Lusa aku akan berangkat ke Jerman. Entah sempat atau tidak untuk keluar dengan dia.
"But your dad told me, semua urusan dah selesai. Tinggal nak fly je." Boleh nampak kat situ dia tengah desak aku.
Aku mengecilkan mata. Papa, sampai hati papa!
"I don't know. I also want to spend time with my family and friends before I go." Aku sisip jus mangga di tangan. Mata dihalakan ke arah lain. Seolah-olah aku layan dia acuh tak acuh saja.
C'mon, gurl!
"But your mom said, yesterday you already hang out with your friends." Aku ketap bibir. Memang semua orang nak aku keluar dengan mantan aku sendiri ke?
Yes, my mantan, ex, bekas! Apa lagi nak tunjukkan yang dia tu masa lalu aku?
Aku mendengus kecil. Nak marah, tapi kena sabarrr!
"So, how?" Aku nampak bibir merah dia ada macam nak senyum tapi sekarang aku rasa macam nak koyak-koyak je.
"Fine." Putus aku akhirnya. Itu pun selepas lima minit aku habiskan jus mangga dan dia juga sudah habiskan minumannya.
***
Empat tahun lalu...
"I have to go. I'm sorry." Dengan sebaris ayat, aku tahu semuanya telah berakhir.
Cincin di jari aku tanggalkan lalu diletakkan di dalam sebuah kotak baldu merah. Cincin tunang aku dengan dia. Di sebelah, ada lagi sebuah kotak yang sama. Cincin dia.
Aku ingat lagi waktu kami sama-sama teruja memilih cincin.
Everything was fine until today. Dia datang sendiri pada aku, bagi balik cincin dan dengan mudah dia katakan maaf. Dan dia terus pergi meninggalkan aku.
Sakit, mestilah! Sudah tiga tahun menyulam cinta dan baru sebulan kami bertunang, tapi dia tiba-tiba buat begini. Siapa yang sakit dan sedih?
Tapi awal-awal lagi mama dah pesan,
"Sekuat mana pun you cintakan dia, you mesti ingat. Dia bukan milik you, dia milik Tuhan. Tuhan yang Maha membolak-balikkan. You kena bersedia untuk apa yang akan terjadi. Mama tak halang you sebab you dah besar. Dah boleh fikir dengan baik. Tapi mama tak nak you terlalu cintakan dia."
"I know we're not good, but at least do not be bad."
Jadi bila dah jadi begini, alhamdulillah. Aku dapat lalui dengan tenang. Ada lah menangis tu, tapi sekejap je. Aku tahu macam mana nak pujuk hati.
Aku buka laci meja lampu di sebelah katil. Dua kotak baldu tadi dimasukkan ke situ. Sebenarnya dia ada bagi satu sampul surat. Tapi aku buang. Tak sanggup nak baca. Takut hati aku yang sakit semakin sakit.
Aku tutup kembali laci. Biarlah dua kotak itu. Biarlah masa yang bawa pergi kenangan lama. Biarlah masa buat aku lupakan dia.
Tapi aku tak sangka, masa juga menemukan aku dengan dia.
***
Ulasan
Catat Ulasan